GAZA: Israel bertindak mengumumkan penutupan semua lintasan di wilayah Palestin, berkuat kuasa Ahad sehingga diberitahu kelak, susulan serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran. Keputusan itu diumumkan dalam satu kenyataan oleh Penyelaras Aktiviti Israel di Wilayah Palestin (COGAT). “Susulan penilaian situasi dan berikutan operasi yang dilancarkan oleh tentera Israel dan AS terhadap Iran, kami memutuskan untuk menutup semua lintasan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, termasuk lintasan Rafah…










