AS arah staf kedutaan tinggalkan Arab Saudi - Utusan Malaysia

AS arah staf kedutaan tinggalkan Arab Saudi

AS mengarahkan staf kedutaannya meninggalkan Arab Saudi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Amerika Syarikat (AS) berkata pada Ahad bahawa ia mengarahkan kakitangan-kakitangan kedutaannya meninggalkan Arab Saudi selepas Iran melancarkan serangan ke atas negara itu sebagai tindak balas terhadap serangan oleh Washington dan Israel.

Jabatan Negara AS  dalam satu nasihat perjalanan berkata, pihaknya telah mengarahkan kakitangan-kakitangan kerajaan AS yang tidak terlibat dengan tugas kecemasan dan ahli keluarga mereka meninggalkan Arab  Saudi  berikutan risiko keselamatan.

Arahan itu menunjukkan kebimbangan berterusan terhadap kemungkinan serangan oleh Iran, ketika Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa beliau bersedia menghadapi perang yang boleh berlanjutan selama beberapa minggu lagi.

Teheran pula menyatakan ia bersedia untuk bertindak balas terhadap serangan AS.

Sebelum ini, Amerika telah memberi kebenaran kepada kakitangan yang tidak penting untuk meninggalkan negara itu, namun tidak mewajibkan mereka berbuat demikian.

Jabatan Negara AS turut menasihatkan rakyat Amerika supaya menimbang semula perjalanan ke Arab Saudi.

Namun, ia tidak mengeluarkan amaran supaya mengelakkan semua perjalanan ke negara  tersebut yang sejak kebelakangan ini giat menarik perniagaan dan ahli politik dari Amerika.

Dron dilaporkan menyerang Kedutaan AS di ibu negara Arab Saudi, Riyadh minggu lalu. Serangan dron juga menyebabkan kerosakan di kedutaan Amerika di Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE)..

Iran berikrar akan menuntut balasan selepas AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran pada 28 Februari lalu yang mengorbankan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN