DHAKA: Parti Islam terbesar di Bangladesh, Jamaat-e-Islami mengakui kekalahan dalam pilihan raya, walaupun sebelum ini mendakwa wujud masalah dalam pengiraan undi, sekali gus membuka jalan bagi pemimpin nasionalis, Tarique Rahman untuk menjadi Perdana Menteri baharu negara itu. Menurut angka Suruhanjaya Pilihan Raya, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) yang diterajui Tarique memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pertama sejak kebangkitan berdarah 2024 yang menyingkirkan pemerintahan tegas Sheikh Hasina. Kejayaan Tarique, 60, menandakan…










