Sekolah enam jam sehari dalam bulan Ramadan

Sekolah enam jam sehari dalam bulan Ramadan

GAMBAR fail beberapa buah sekolah di Dubai. - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Sekolah-sekolah swasta di Wilayah Sarjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dibenarkan untuk menetapkan jadual waktu Ramadan mereka sendiri, dengan syarat tempoh sesi persekolahan tidak melebihi enam jam sehari. 

Kebenaran itu diberikan oleh Pihak Berkuasa Pendidikan Swasta Sharjah (SPEA). 

Menurut pekeliling rasmi yang dikeluarkan, pihak berkuasa menyatakan bahawa sekolah dibenarkan menentukan waktu mula dan tamat sesi bagi pelajar serta kakitangan akademik sepanjang bulan suci itu. 

Pihak berkuasa berkata, sekolah-sekolah boleh menetapkan waktu mula dan tamat bagi pelajar serta warga pendidik sepanjang Ramadan, selaras dengan kalendar akademik termasuk keperluan kurikulum yang diluluskan, sambil memastikan kesinambungan serta kualiti pembelajaran.

Ia menyatakan bahawa jadual perlu mengambil kira perbezaan antara peringkat pendidikan, dengan memberi ruang kepada fleksibiliti dan keadilan dalam pengurusan hari persekolahan selain menyokong keperluan pendidikan serta psikologi pelajar.

Pekeliling itu juga menggesa sekolah-sekolah supaya mengambil kira faktor kualiti hidup pelajar, ibu bapa dan warga sekolah sepanjang bulan Ramadan.

Beberapa pengendali sekolah swasta di Sharjah telah mula menyediakan jadual waktu yang disesuaikan selaras dengan pekeliling SPEA, termasuk pengurangan waktu persekolahan bagi peringkat tadika termasuk sekolah rendah dan pelarasan tempoh kelas serta aktiviti.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN