WASHINGTON: Era kepolisan masa hadapan dijangka berubah sepenuhnya apabila robot berkuasa kecerdasan buatan (AI) diramal mula meronda di jalanan dalam tempoh dua tahun lagi. Menurut seorang pakar akademik terkemuka dari Amerika Syarikat (AS), teknologi itu bakal merevolusikan penguatkuasaan undang-undang apabila robot itu mampu melakukan pengecaman wajah dan analisis ancaman yang canggih. Pakar akademik dari Jabatan Sosiologi dan Keadilan Jenayah, Universiti Delaware, Profesor Ivan Sun menjelaskan bahawa robot-robot ini memiliki kemampuan…










