Polis Israel tahan imam Masjid Al-Aqsa

Polis Israel tahan imam Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Polis Israel dilaporkan menahan imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Mohammed al-Abbasi, dari dalam kawasan halaman masjid di Baitulmuqaddis yang diduduki.

Agensi berita Palestin WAFA, memetik sumber tempatan melaporkan, pasukan Israel menahan Sheikh Mohammed di dalam halaman masjid tanpa memberikan alasan.

Menurut laporan itu, penahanan berlaku ketika Langkah rejim Zionis terhadap masjid berkenaan semakin diperketat, termasuk sekatan ke atas imam, pendakwah dan jemaah, had kemasukan jemaah serta peningkatan pencerobohan peneroka di bawah perlindungan polis Israel.

Pada Selasa, Hamas mengecam penahanan tersebut dan menyatakan beliau telah dikenakan perintah larangan memasuki masjid.

Pergerakan itu berkata, langkah tersebut merupakan campur tangan terang-terangan dalam urusan Al-Aqsa serta serangan yang tidak boleh diterima terhadap imamnya.

Hamas turut menyatakan pelanggaran yang semakin meningkat oleh rejim pendudukan terhadap kesucian masjid, termasuk sekatan akses jemaah, halangan persediaan logistik untuk bulan Ramadan dan peningkatan serbuan peneroka adalah cubaan mengawal serta menggugat kesucian Islam di kawasan itu.

Pergerakan itu menyeru rakyat Palestin di Jerusalem, Tebing Barat dan wilayah 1948 supaya terus berada di Al-Aqsa serta mempertahankan kehadiran mereka.

Hamas juga menggesa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta negara Arab dan Islam lain mengambil tindakan segera melalui semua saluran bagi melindungi masjid tersebut dan memberi tekanan agar pelanggaran dihentikan.

Baitulmuqaddis yang diduduki, khususnya Kota Lama dan kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa menyaksikan ketegangan yang semakin meningkat susulan langkah keselamatan Israel yang diperketat, termasuk penahanan dan perintah larangan terhadap tokoh agama serta aktivis Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN