WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa perubahan rejim di Iran adalah ‘perkara terbaik yang boleh berlaku’, dalam kenyataan yang dilihat sebagai antara sokongan paling jelas beliau terhadap pertukaran kepimpinan ulama di negara itu. Trump berkata, selama 47 tahun pihak berkuasa Iran hanya bercakap tanpa henti, sambil mendakwa banyak nyawa terkorban sepanjang tempoh itu. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan siapa yang patut memimpin Iran, hanya menyebut terdapat individu yang boleh…










