SEATTLE: Pentadbiran bandar Seattle, Amerika Syarikat (AS) bersetuju membayar pampasan penyelesaian sebanyak AS$29 juta (RM113.4 juta) kepada keluarga Jaahnavi Kandula, seorang pelajar siswazah warga India berusia 23 tahun yang maut dilanggar oleh kenderaan polis pada 2023. Peguam bandar itu, Erika Evans dalam satu kenyataan pada Rabu lalu menyifatkan kematian Kandula sebagai satu tragedi yang amat menyayat hati dan berharap agar penyelesaian kewangan itu dapat memberikan sedikit keadilan serta ketenangan kepada…










