BEIRUT: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Lubnan bertindak memindahkan berpuluh-puluh kakitangannya melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri kelmarin, susulan risiko keselamatan serantau yang semakin meruncing antara Teheran dan Washington. Seorang pegawai Jabatan Negara AS memaklumkan bahawa kakitangan sokongan dan ahli keluarga mereka diarahkan keluar dari negara itu buat sementara. “Kami sentiasa menilai persekitaran keselamatan dan memutuskan adalah wajar untuk mengurangkan jumlah kehadiran kakitangan. Bagaimanapun, pejabat kedutaan di Beirut tetap beroperasi…










