TEHERAN: Iran menandatangani satu perjanjian rahsia bernilai 500 juta euro (RM2.3 bilion) dengan Russia untuk memperoleh ribuan peluru berpandu canggih, lapor akhbar Financial Times (FT) memetik dokumen bocor serta sumber yang mengetahui perkara tersebut. Menurut laporan itu, kontrak senjata berkenaan dimeterai di Moscow pada Disember tahun lalu yang menetapkan Moscow membekalkan sebanyak 500 unit pelancar Sistem Pertahanan Udara Mudah Alih (MANPADS) jenis Verba serta 2,500 peluru berpandu darat ke udara…










