RIYADH – Hampir dua bilion umat Islam di seluruh dunia berpuasa dalam bulan Ramadan selama 30 hari dengan sebahagiannya menjalani ibadat itu dalam keadaan beberapa negara mereka dilanda peperangan, kekurangan makanan dan kos barangan yang melonjak naik. Beberapa negara seperti, Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Bahrain, Palestin, Lubnan, Yemen, Sudan dan Iraq termasuk wilayah Kurdistan, menetapkan kelmarin sebagai hari pertama Ramadan selepas anak bulan kelihatan. Bagaimanapun, sebahagian lagi negara Arab dan…










