WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Israel berkemungkinan melancarkan operasi ketenteraan terhadap Iran yang berpotensi menjadi kempen besar-besaran selama beberapa minggu dan berisiko mengancam pemerintahan Teheran. Menurut laporan laman berita Axios, pentadbiran Presiden Donald Trump kini hampir berdepan konflik ketenteraan besar di Asia Barat, dengan pegawai Israel bersiap sedia menghadapi kemungkinan perang tercetus dalam masa terdekat. Sumber laporan itu mendakwa, Israel bersedia untuk bertindak segera, manakala pihak tentera Israel dipercayai memerlukan…










