BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menyaman bapa kandung yang menggunakan wang hadiah Tahun Baharu Cina miliknya lebih 80,000 yuan (RM45,000) untuk berkahwin lain. Kes yang berlaku di wilayah Henan, China ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial mengenai hak pemilikan wang angpau atau sampul merah yang menjadi tradisi masyarakat di sana. Mahkamah kini telah memerintahkan lelaki berkenaan untuk memulangkan semula kesemua wang tersebut kepada anak lelakinya. Kanak-kanak itu…










