Takaichi bubar Parlimen menjelang pilihan raya 8 Februari

Takaichi bubar Parlimen menjelang pilihan raya 8 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi membubarkan Parlimen menjelang pilihan raya mengejut pada 8 Februari, dengan mengharapkan populariti tinggi Kabinetnya dapat membawa kemenangan kepada parti pemerintah yang kurang popular.

Speaker Parlimen membacakan surat rasmi, membubarkan Dewan Rendah, sementara ahli-ahli Parlimen melaungkan seruan tradisional ‘banzai’.

Pemimpin wanita pertama negara itu sebelum ini mengumumkan pada 19 Januari lalu beliau merancang membubarkan Dewan Rendah, bagi mendapatkan sokongan rakyat terhadap langkah-langkah melindungi isi rumah daripada kenaikan kos sara hidup serta meningkatkan perbelanjaan untuk pertahanan.

Gabungan pemerintah yang terdiri daripada Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Takaichi dan Parti Inovasi Jepun (JIP) hanya mempunyai majoriti tipis di dewan rendah yang berkuasa.

Takaichi berharap sokongan meluas terhadap Kabinetnya akan membolehkannya memperoleh mandat lebih kukuh walaupun LDP itu sendiri menghadapi penurunan kadar kelulusan dan beberapa skandal.

“Tidak jelas sama ada sokongan tinggi terhadap Kabinet Takaichi benar-benar akan diterjemahkan kepada sokongan terhadap LDP,” kata Pakar Politik Universiti Tsukuba, Prof. Dr. Hidehiro Yamamoto.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×