Skala kemusnahan di Iran seperti serangan ISIS

Skala kemusnahan di Iran seperti serangan ISIS

SEORANG lelaki berdiri di sebelah bas yang terbakar di Dataran Sadeghieh di Teheran, Iran.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kementerian Luar Iran mendedahkan rusuhan yang dicetuskan penunjuk perasaan dan skala kemusnahan yang dialami negara itu menyamai tindakan pengganas ISIS.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, rusuhan ganas tersebut memusnahkan banyak pusat pentadbiran, perkhidmatan awam dan swasta serta kemudahan perubatan dengan ratusan harta benda dibakar dan dirompak. 

“Skala kemusnahan, intensiti keganasan dan serangan yang dirancang serta disengajakan terhadap fasiliti kerajaan, swasta, keagamaan, perubatan, pengangkutan dan kedai menunjukkan adanya rancangan jelas dan tersusun untuk menimbulkan keresahan dan ketidakselamatan di negara ini,” jelasnya.

Menurut Datuk Bandar Teheran, Alireza Zakani, lebih daripada 70 masjid, lebih 24 rumah kediaman dan beberapa lagi pusat keagamaan turut musnah dibakar perusuh.

Kementerian tersebut menegaskan, pegawai penguatkuasa melaksanakan tugas berlandaskan undang-undang bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman dan keadaan dilaporkan semakin terkawal.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berkata, kerajaan sedang berusaha menangani sebahagian masalah ekonomi yang mencetuskan protes, isu rasuah serta kadar pertukaran mata wang asing yang akan meningkatkan kuasa beli golongan berpendapatan rendah.

Katanya, Teheran juga tidak mempunyai rancangan untuk menggantung penunjuk perasaan dan media rasmi Iran turut melaporkan seorang lelaki berusia 26 tahun yang ditahan semasa protes di bandar Karaj tidak akan dikenakan hukuman mati. 

Semalama, Amerika Syarikat (AS) mendakwa Iran menghentikan 800 hukuman mati terhadap penunjuk perasaan akibat tekanan daripada Presiden, Donald Trump.

Sekutu Teluk dilaporkan berjaya memujuk Trump daripada mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran selepas Arab Saudi, Qatar dan Oman mengetuai usaha diplomatik pada saat akhir untuk meyakinkan Trump memberi Teheran peluang memulihkan keadaan.

Walaupun Washington menahan diri daripada tindakan ketenteraan, Pejabat Rumah Putih berkata, semua pilihan masih terbuka untuk Presiden AS itu.

AS turut mengumumkan sekatan terhadap lima pegawai Iran yang dituduh sebagai dalang utama tindakan keras terhadap penunjuk perasaan dan akan menjejaki dana pemimpin negara itu yang dipindahkan ke bank-bank antarabangsa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×