SALZBURG: Lima peluncur ski luar trek maut dalam dua kejadian runtuhan salji di pergunungan Alps, Austria selepas kawasan itu dilanda salji lebat. Runtuhan salji yang melanda sekumpulan tujuh peluncur di kawasan Pongau berhampiran Salzburg pada Sabtu, mengorbankan empat orang dan mencederakan seorang lagi dalam keadaan serius, menurut pegawai penyelamat gunung tempatan. Satu lagi kejadian serupa turut meragut nyawa seorang peluncur pada awal hari yang sama di kawasan sama. Keadaan cuaca…










