MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin bertemu ketua badan keselamatan tertinggi Iran di Moscow menurut Kremlin. Pertemuan itu dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berusaha menekan Teheran supaya mencapai perjanjian berhubung program nuklearnya. “Ketua negara menerima kunjungan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Republik Islam Iran, Ali Larijani, yang sedang melawat Russia,” kata Kremlin dalam satu kenyataan di laman web rasminya. Terdahulu pada Jumaat, Trump berkata beliau percaya Iran, sekutu…










