Pemimpin STC larikan diri ke UAE 

Pemimpin STC larikan diri ke UAE 

AIDAROUS AL-ZUBAIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pemimpin Majlis Peralihan Selatan (STC), Aidarous Al-Zubaidi, dilaporkan sudah melarikan diri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) melalui Somaliland selepas mengelak menghadiri rundingan damai yang dijadualkan di Riyadh. 

Dalam satu kenyataan semalam, gabungan yang diketuai Arab Saudi di Yemen berkata, Aidarous melarikan diri pada waktu malam pada Rabu menaiki sebuah kapal dari pelabuhan Aden menuju ke pelabuhan Berbera di Somaliland. 

Dari situ, beliau ddakwa menaiki kapal terbang Ilyushin buatan Russia ke Mogadishu di bawah pengawasan pegawai UAE sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang tentera di Abu Dhabi.

Aidarous yang disokong UAE, dituduh melakukan pengkhianatan berat dan digugurkan daripada Majlis Kepimpinan Presiden Yemen pada Rabu.

Pasukan gabungan diketuai Arab Saudi  dilaporkan mengebom wilayah asal beliau  di al-Dhale berikutan keputusannya enggan menghadiri rundingan di Riyadh.

Pada Rabu, STC turut mendakwa delegasi lebih 50 pegawai mereka ditahan secara sewenang-wenangnya dan dibawa ke lokasi tidak diketahui selepas terbang ke Riyadh untuk rundingan. 

Namun, Duta Arab Saudi ke Yemen, Mohamed AlJabir memuat naik gambar bersama 19 pegawai pada Khamis dan berkata, beliau sudah bertemu delegasi STC serta membincangkan persidangan Yemen Selatan yang dijadualkan di Riyadh tidak lama lagi.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×