Pembangkang Jepun bentuk pakatan baharu lawan Takaichi

Pembangkang Jepun bentuk pakatan baharu lawan Takaichi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Dua parti pembangkang Jepun bersetuju pada Khamis untuk bergabung bagi menentang gabungan pemerintah Perdana Menteri, Sanae Takaichi, membentuk satu pakatan yang bertujuan menarik pengundi atas pagar dalam pilihan raya mengejut yang dijangka akan diadakan bulan depan.

Takaichi menjadi Perdana Menteri wanita pertama Jepun pada Oktober dan berada pada kedudukan tinggi dalam tinjauan pendapat, memberi peluang kepada blok pemerintahannya untuk meningkatkan majoriti tipis di Dewan Rendah yang berkuasa dalam Parlimen.

Namun, ketua parti pembangkang terbesar, Parti Demokratik Perlembagaan Jepun (CDP), menegaskan pakatan itu tidak akan memudahkan Takaichi.

“Kami bersetuju untuk menubuhkan parti baharu untuk bertindak bersama-sama,” kata Ketua CDP, Yoshihiko Noda.

Noda memberitahu wartawan, CDP akan bertanding bersama Komeito, bekas rakan gabungan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah.

“Parti-parti pembangkang bersetuju untuk menubuhkan blok berpusat sebagai kuasa tandingan kepada gabungan berhaluan kanan Takaichi,” katanya.

Menurut Institut Siswazah Nasional untuk Kajian Dasar Tokyo, Mikitaka Masuyama gabungan baharu itu bakal memberi saingan sengit kepada Takaichi.

“Jika pengundi swing yakin blok Komeito-CDP boleh dipercayai dan mengundi mereka, pilihan raya umum boleh menjadi pertempuran yang sengit.

“Bagaimanapun ini adalah senario dengan kemungkinan yang rendah,” katanya.

Profesor Emeritus di Universiti Tokyo, Sadafumi Kawato pula berpendapat, Komeito mungkin akan mengekalkan kerusinya manakala CDP akan menambah bilangan kerusi tetapi tidak mencukupi untuk menewaskan blok pemerintah.

Tahun lalu, Komeito secara tiba-tiba menamatkan gabungan selama 26 tahun dengan LDP, sebahagiannya kerana berasa tidak selesa dengan sikap keras Takaichi terhadap China dan lawatan tetapnya ke kuil di Tokyo yang menghormati pejuang perang Jepun, termasuk penjenayah perang.

Ketua Komeito, Tetsuo Saito pada Khamis menyatakan rasa tidak selesa terhadap apa yang digelarnya peralihan berhaluan kanan yang diwakili kepimpinan LDP-JIP semasa.

Saito turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap laporan terkini mengenai seorang pegawai kanan Jepun yang rapat dengan Takaichi secara peribadi memberitahu wartawan tempatan negara itu perlu memiliki senjata nuklear.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×