Gempa kuat 7.1 magnitud gegar Sulawesi Utara

Gempa kuat 7.1 magnitud gegar Sulawesi Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANJARBARU: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia mengesan satu gempa bumi 7.1 magnitud yang berlaku di wilayah Melonguane, Kepulauan Talaud, Sulawesi Utara, pada malam Sabtu.

Menurut Antara News, maklumat yang dipaparkan di laman rasmi BMKG menunjukkan pusat gempa berada pada kedalaman 17 kilometer, kira-kira 52 kilometer ke arah tenggara Melonguane.

BMKG memaklumkan, data yang dikeluarkan merupakan maklumat awal sejurus kejadian berlaku dan masih berpotensi dikemas kini selaras dengan penerimaan data yang lebih lengkap.

“Maklumat ini mengutamakan kelajuan penyampaian, oleh itu hasil pemprosesan data masih belum stabil dan boleh berubah,” menurut kenyataan BMKG yang diterima di Banjarbaru, Kalimantan Selatan.

Getaran gempa dilaporkan dirasai pada skala intensiti tiga hingga empat di Tobelo, Kepulauan Sitaro dan Ternate, manakala kawasan Minahasa Utara, Bitung dan Morotai mencatatkan getaran pada skala dua hingga tiga.

BMKG menegaskan  gempa tersebut tidak berpotensi mencetuskan tsunami, namun orang ramai dinasihatkan agar terus berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya gempa susulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×