BEIJING: China berjaya melaksanakan penerbangan sulung sebuah pesawat kargo tanpa pemandu, Tianma-1000, yang mampu digunakan untuk logistik dan tindak balas kecemasan.
Tianma-1000, yang dibangunkan oleh China North Industries Group, merupakan platform pengangkutan kos rendah dan altitud sederhana pertama di negara itu.
Menurut laporan CCTV, pesawat itu mampu meneroka kawasan tanah tinggi yang kompleks, melaksanakan pelepasan dan pendaratan ultra-pendek serta menukar antara misi kargo dan penerbangan.
Pesawat tersebut direka untuk pelbagai fungsi, termasuk pengangkutan kargo, penyelamatan kecemasan dan operasi penurunan udara.
CCTV melaporkan, ia mampu mencapai altitud maksimum 8,000 meter, terbang sejauh 1,800 kilometer (km), dan membawa muatan sehingga satu tan, membolehkan penghantaran bekalan besar dalam satu penerbangan sahaja.- BLOOMBERG










