BERLIN: Gergasi agrokimia Jerman, Bayer, mengesahkan sudah memfailkan saman terhadap syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS) Pfizer, Moderna dan Johnson & Johnson, serta firma Jerman BioNTech, atas dakwaan melanggar paten dalam penghasilan vaksin Covid-19. Menurut tuntutan saman yang difailkan di mahkamah persekutuan Delaware dan New Jersey pada Selasa, pihak yang disaman didakwa menggunakan proses mRNA yang dipatenkan dan dibangunkan pada 1980-an oleh syarikat bioteknologi AS, Monsanto yang kini merupakan anak syarikat…










