WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata sebuah armada tentera laut AS sedang menuju ke negara Teluk, bagi mengekalkan tekanan terhadap Iran walaupun beliau baru-baru ini menolak kemungkinan tindakan ketenteraan segera. Minggu lalu, Trump menarik balik ancaman untuk menyerang Iran susulan tindakan keras negara itu terhadap protes anti-kerajaan, selepas Pejabat Rumah Putih memaklumkan Teheran menghentikan pelaksanaan hukuman mati terhadap para penunjuk perasaan. Namun, Presiden Republikan itu mengesahkan persiapan ketenteraan…










