LONDON: Kos penghantaran komoditi melalui Laut Hitam meningkat selepas dua kapal tangki diserang oleh dron tentera laut Ukraine ketika menuju ke pelabuhan Russia. Laut Hitam adalah laluan penting bagi penghantaran gandum, minyak dan produk petroleum, dan perairannya dikongsi Bulgaria, Georgia, Romania, Turkiye serta Russia dan Ukraine. Kadar insurans risiko perang bagi pelayaran selama tujuh hari ke pelabuhan Ukraine meningkat kepada 0.5 peratus berbanding 0.4 peratus seminggu lalu, manakala bagi pelabuhan…










