KYIV: Ukraine pada Jumaat menerima lebih 1,000 jasad individu dipercayai askar Ukraine yang terkorban dalam pertempuran menentang tentera Russia.
Pertukaran tawanan perang dan penghantaran pulang mayat askar yang terkorban merupakan antara beberapa bidang kerjasama yang masih wujud antara Kyiv dan Moscow, yang menceroboh Ukraine pada Februari 2022.
“Hari ini, aktiviti penghantaran pulang telah dilaksanakan. Sebanyak 1,003 jasad yang didakwa oleh pihak Russia milik anggota tentera Ukraine, telah dikembalikan ke negara ini,” menurut kenyataan Ibu Pejabat Penyelarasan Kyiv bagi Pengurusan Tawanan Perang yang dimuat naik di media sosial.
Pembantu Kremlin, Vladimir Medinsky, mengesahkan pertukaran antara Moscow dan Kyiv telah berlaku sambil menulis di Telegram bahawa pihak Russia menerima mayat 26 askarnya yang terkorban.
Medinsky berkata, pertukaran itu hasil perjanjian yang dicapai antara delegasi Ukraine dan Russia di Istanbul awal tahun ini.
Puluhan ribu askar dilaporkan terkorban di kedua-dua pihak sejak pencerobohan Ruasia, namun kedua-dua pihak jarang menerbitkan data rasmi mengenai angka korban masing-masing.









