Trump terpegun lihat reka bentuk kereta kompak Asia, mahu tingkat pengeluaran di AS

Trump terpegun lihat reka bentuk kereta kompak Asia, mahu tingkat pengeluaran di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu kereta ultra-kompak dihasilkan dan dipandu di AS selepas melihat banyak model sebegini semasa lawatannya ke Jepun, Malaysia dan Korea Selatan baru-baru ini.

Walaupun butiran rancangan itu masih belum jelas, Trump menyifatkan kenderaan tersebut sebagai ‘sangat comel’ dan ‘cantik’ semasa satu majlis di Rumah Putih.

Beliau malah meminta Setiausaha Pengangkutan, Sean Duffy untuk menyemak serta-merta perubahan peraturan yang membolehkan kereta jenis ini dihasilkan di negara itu.

“Honda dan beberapa syarikat Jepun lain melakukan kerja yang sangat baik, tetapi kita tidak dibenarkan menghasilkan kereta ini di negara kita.

“Saya rasa kereta ini akan mendapat sambutan yang baik. Jadi, kita akan meluluskan pengeluaran kereta ini.

“Kereta ini lebih murah dan ia benar-benar memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki kereta baharu,” katanya dipetik Kyodo News.

Di Jepun, kereta mini yang mempunyai enjin tidak melebihi 660cc, menyumbang hampir 40 peratus daripada jualan kereta baharu.

Semasa majlis itu, Duffy berkata, Trump memberi arahan kepadanya untuk menangani peraturan yang kini menghalang pengeluaran kereta kecil seperti yang dipandu di Jepun, serta jenis yang sama yang dilihat Presiden AS itu di Korea Selatan dan Malaysia semasa lawatan tiga negaranya.

“Jika Toyota atau mana-mana syarikat lain ingin menghasilkan kereta yang lebih kecil, mampu milik dan jimat bahan api, kami membuka laluan supaya mereka boleh menghasilkan kereta itu di AS dan menjualnya disini,” kata Duffy.

Sokongan Trump terhadap kereta kompak menjadi peluang terbaik kepada pengeluar Jepun yang  berjanji untuk meningkatkan pelaburan dalam pengeluaran sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh pentadbiran AS.

Trump yang sejak lama mengkritik halangan perdagangan yang menyekat jualan kereta AS di pasaran Jepun, cuba menangani ketidakseimbangan perdagangan dengan mengenakan tarif 15 peratus ke atas kereta dari Tokyo.

Namun, pegawai Jepun dan penganalisis kereta menekankan kereta keluaran AS kurang popular sebahagiannya disebabkan jenis  yang dijual, seperti trak pikap besar, sedangkan pengguna Jepun lebih gemar kereta kecil yang cekap dan sesuai untuk jalan sempit serta harga bahan api yang tinggi di negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN