WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan panggilan telefon dengan kepimpinan Thailand dan Kemboja pada Khamis bagi meredakan ketegangan susulan konflik bersenjata yang semakin memuncak di sempadan kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu. Ketegangan tercetus pada 8 Disember lalu apabila tentera Thailand melancarkan serangan udara terhadap sasaran ketenteraan di Kemboja. Bangkok mendakwa tindakan itu dibuat sebagai tindak balas selepas pasukan Kemboja terlebih dahulu menyerang sehingga mengorbankan seorang anggota…










