LONDON: Bekas Perdana Menteri United Kingdom (UK), Tony Blair dilaporkan tidak akan menduduki jawatan utama dalam Majlis Keamanan Gaza yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump selepas negara-negara Arab dan Muslim dikatakan membantah penglibatan beliau. Menurut Financial Times (FT), nama Blair digugurkan secara senyap daripada pertimbangan untuk jawatan utama majlis yang akan diterajui Trump itu berikutan laporan meluas Blair sedang berusaha untuk mendapatkan peranan penting dalam pentadbiran sementara Gaza.…










