Thailand terus bedil Kemboja

Thailand terus bedil Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) meningkatkan operasi uda­ra di sepanjang sempadan Kemboja dengan alasan mempertahankan diri dan dilakukan secara seimbang susulan ancaman keselamatan semakin meruncing.

RTAF mengesahkan penggunaan jet pejuang F-16 untuk melancarkan serangan udara terhadap sasaran ketenteraan di luar bandar Poipet, Kemboja, selepas pergerakan senjata berat dikesan di kawasan berkenaan, khususnya pelancar roket BM-21 yang didakwa kerap digunakan dalam serangan terhadap wilayah Thailand.

Jurucakap RTAF, AM Chakkrit Thammavichai berkata, operasi itu dilakukanl 11 pagi Khamis lalu dengan menyasarkan sebuah depot senjata dan pusat logistik yang digunakan bagi menyimpan roket BM-21, yang sebelum ini digunakan oleh pasukan Kemboja untuk menyerang unit tentera dan kawasan awam Thailand.

Katanya, maklumat risikan mengesahkan roket tersebut dipindahkan keluar masuk dari lokasi berkenaan dan kawasan itu tidak didiami orang awam, sekali gus membawa kepada keputusan untuk melaksanakan serangan udara.

RTAF menyatakan ope­rasi berkenaan tidak mengakibatkan kerosakan terhadap orang awam atau kehilangan nyawa, selain bertujuan melemahkan keupayaan serangan pihak lawan.

Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattaphon Narkphanit berkata, operasi ketenteraan di tujuh wilayah adalah tindakan mempertahankan diri yang sewajarnya dan Thailand akan meneruskannya sehingga Kemboja menghentikan sepenuhnya tindakan bermusuhan.

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menyatakan negaranya tidak pernah memulakan konflik dan hanya bertindak balas terhadap serangan yang diterima.

Kementerian Pertahanan Negara Kemboja mengecam tindakan Thailand dan menggesa semua aktiviti ketenteraan dihentikan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×