BANGKOK: Thailand bersedia melancarkan operasi ketenteraan terhadap Kemboja bagi mempertahankan kedaulatan negara, menurut resolusi Majlis Keselamatan Negara (NSC) yang diumumkan Perdana Menterinya, Anutin Charnvirakul, dalam satu perutusan khas yang disiarkan di Televisyen Pool of Thailand. Anutin berkata, sejak semalam, berlaku beberapa siri pertempuran bersenjata antara pasukan Thailand dan Kemboja di beberapa lokasi sepanjang sempadan. Katanya, kerajaan memantau situasi dengan teliti dan mengarahkan semua agensi keselamatan menggembleng usaha penuh bagi melindungi…










