Randy Fine dikecam gesa ‘musnahkan rakyat Palestin'

Randy Fine dikecam gesa ‘musnahkan rakyat Palestin’

RANDY FINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Randy Fine yang juga sekutu rapat Presiden, Donald Trump dikecam selepas mencadangkan rakyat Palestin perlu dimusnahkan terlebih dahulu, sambil berbangga beliau tidak takut dilabel Islamofobik.

Dalam satu sesi pendengaran di Kongres, Fine, yang memiliki rekod panjang dengan kenyataan anti-Palestin dan Islamofobik, merujuk kepada dakwaan palsu penduduk Israel dilarang memasuki kawasan tertentu di Tebing Barat kerana dasar ‘apartheid’ terhadap penempatan haram Israel.

Realitinya, tentera Israel yang menguasai wilayah Palestin memasang papan tanda yang memberi amaran kepada pendatang Yahudi daripada memasuki bandar-bandar Palestin atas faktor keselamatan.

Namun pendatang Yahudi sering bersenjata dan dilindungi tentera Israel secara berkala menyerbu dan merosakkan kampung-kampung Palestin.

Ahli Kongres Republikan dari Florida itu seterusnya menggandakan retoriknya dan mendakwa tidak kisah digelar Islamophobia selepas berdebat dengan Klein mengenai kesediaan orang Islam untuk menerima Israel sebagai negara Yahudi.

“Saya tidak tahu bagaimana anda berdamai dengan mereka yang mahu memusnahkan anda. Saya fikir anda perlu musnahkan mereka dahulu,” katanya.

Pengarah Eksekutif Jawatan Kuasa Anti-Diskriminasi Amerika-Arab (ADC), Abed Ayoub mengecam Fine, menegaskan retoriknya yang tidak waras dan bernada genosid menunjukkan sikap terdesak beliau untuk memuaskan hati Tel Aviv..

Awal tahun ini, Fine yang dipilih ke Kongres dengan sokongan Trump dan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel-Amerika (AIPAC) menulis kenyataan biadap ‘biarkan mereka kelaparan’ sebagai respons kepada laporan mengenai kebuluran maut di Gaza akibat sekatan Israel.

Pengerusi Nasional Rangkaian Komuniti Palestin AS (USPCN), Hatem Abudayyeh mengecam Republikan di Kongres dan Trump kerana gagal menegur Fine.

“Kita sudah biasa melihat ucapan jijik, rasis, anti Palestin, anti kulit hitam dan xenofobik di media sosial 24 jam. Tetapi kita sepatutnya tidak mendengarnya daripada seorang pegawai kerajaan yang dipilih rakyat. Seorang pendokong Zionis yang menghalalkan genosid dan dibenarkan menyebarkan rasisme tanpa ditegur oleh partinya atau Presidennya,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN