LONDON: Satu rancangan realiti televisyen berkonsep distopia yang dihasilkan sepenuhnya oleh kecerdasan buatan (AI) dilancarkan di YouTube pada Isnin. Setiap peserta, keputusan dan detik dalam Non Player Combat dicipta sepenuhnya oleh AI, menghasilkan pengalaman kelihatan seperti gabungan Fortnite dan The Hunger Games. Rancangan ini menampilkan enam watak generatif AI yang memburu antara satu sama lain sehingga mati di sebuah pulau maya terpencil. Ia hadir lengkap dengan ciri-ciri klise fiksyen sains…










