LUCKNOW: Renjer hutan di India menggunakan dron bagi menjejak serigala yang menyerang manusia, selepas sembilan orang kebanyakannya kanak-kanak maut dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut pihak berkuasa pada Ahad. Mangsa terbaharu ialah seorang bayi perempuan berusia 10 bulan yang dilarikan seekor serigala di daerah Bahraich, negeri Uttar Pradesh, pada Sabtu ketika dia tidur di sisi ibunya sebelum ditemukan mati di sebuah ladang tidak lama kemudian. Sehari sebelumnya, seorang kanak-kanak lelaki…









