10 ADUN termasuk wakil BN, PH angkat sumpah Kabinet Sabah

10 ADUN termasuk wakil BN, PH angkat sumpah Kabinet Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) merupakan antara 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik menganggotai Kabinet Sabah selepas pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

ADUN Sukau daripada BN, Datuk Jafry Ariffin itu dilantik sebagai Menteri baharu Kabinet Sabah.

Istiadat mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman dan disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.

Terdahulu, ADUN Kundasang, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) mendahului barisan Kabinet yang mengangkat sumpah.

Antara yang mengangkat sumpah ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun merangkap Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan ADUN Kadamaian, Datuk Ewon Benedick selaku Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Selain itu, ADUN Membakut, Datuk Ariffin Arif; ADUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar, ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang; ADUN Sugut, Datuk James Ratib; ADUN Matunggong, Datuk Julita Mojungki an ADUN Apas, Datuk Nizam Titingan.

Komposisi Kabinet menyaksikan tujuh daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), seorang wakil masing-masing daripada BN, UPKO dan Pakatan Harapan (PH).

Pada PRN Sabah, GRS memenangi 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri, diikuti Parti Warisan (25), BN (6), Bebas (5), UPKO (3), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (2), manakala Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing meraih satu kerusi.

Berikut adalah senarai anggota Kabinet Sabah:

  1. Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam GRS – Kundasang
  2. Datuk Seri Panglima Masidi Manjun GRS – Karanaan
  3. Datuk Ewon Benedick  UPKO – Kadaiman
  4. Datuk Ariffin Arif GRS – Membakut
  5. Datuk Rubin Balang GRS – Kemabong
  6. Datuk Jamawi Jaafar PH – Melalap
  7. Datuk James Ratib GRS – Sugut
  8. Datuk Jafry Ariffin BN – Sukau
  9. Datuk Julita Mojungki GRS – Matunggong
  10. Datuk Nizam Titingan GRS – Apas

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN