Perkembangan pesat EV bantu China hasilkan kereta terbang - Utusan Malaysia

Perkembangan pesat EV bantu China hasilkan kereta terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUANGZHOU: Sektor kereta terbang di China menunjukkan perkembangan pesat berikutan kepakaran negara itu dalam kenderaan elektrik (EV) dan dron, disokong oleh inisiatif kerajaan untuk teknologi futuristik.

Di sebuah kilang di Guangzhou, pekerja memeriksa propeller pesawat dua tempat duduk yang baru siap daripada barisan pemasangan.

Pesawat ringan enam propeller itu direka untuk lepas landas secara menegak dan dimuatkan ke dalam kenderaan darat modular yang dikenali sebagai “mothership”.

Syarikat Aridge, cabang pengeluar EV XPeng, memulakan fasa pengeluaran percubaan awal November lalu dan merancang penghantaran bermula tahun depan, selepas menerima lebih 7,000 pratempahan.

Setiap pesawat boleh dihasilkan dalam tempoh 30 minit.

Persaingan global semakin sengit, dengan gergasi teknologi seperti Tesla turut menyiapkan prototaip kereta terbang. Bagaimanapun, isu peraturan, penerimaan pengguna dan pengurusan ruang udara masih menjadi cabaran utama, menurut Michael Du, naib presiden Aridge.

China mensasarkan “ekonomi altitud rendah” iaitu melibatkan kereta terbang, dron dan teksi udara sebagai bidang strategik lima tahun akan datang, dengan beberapa kerajaan wilayah bersetuju melonggarkan sekatan.

Laporan Boston Consulting Group meramalkan pasaran kereta terbang China bernilai AS$41 bilion menjelang 2040.

Walaupun masih pada peringkat awal pembangunan, kepakaran China dalam rantaian bekalan EV dan tenaga kejuruteraan membolehkan syarikat menyelesaikan masalah teknikal dengan cepat.

Pakar percaya sektor ini berpotensi menjadi usaha jangka panjang yang menguntungkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN