WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal menerima penghargaan tertinggi warga awam Israel pada 2026, selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengumumkan akan menamatkan tradisi berdekad-dekad untuk mengiktiraf individu bukan warganegara. Selepas pertemuan mesra di Florida dengan Trump, Netanyahu berkata, langkah itu mencerminkan ‘sentimen luar biasa’ dalam kalangan penduduk Israel sebagai penghargaan terhadap sokongan Presiden AS itu kepada mereka. “Trump mencabar begitu banyak konvensyen hingga mengejutkan ramai orang dan akhirnya…










