PARIS: Kereta kabel bandar pertama dilancarkan pada Sabtu, dengan gondola kelihatan terapung di ruang udara pinggir tenggara Paris. Pelancaran laluan C1 berlangsung di bandar Limeil-Brevannes dengan kehadiran Presiden Wilayah Ile-de-France, Valerie Pecresse, serta datuk bandar kawasan-kawasan yang dilalui perkhidmatan kereta kabel berkenaan. Laluan sepanjang 4.5 kilometer itu menghubungkan Creteil ke Villeneuve-Saint-Georges, melalui Limeil-Brevannes dan Valenton. Kereta kabel tersebut dijangka membawa kira-kira 11,000 penumpang sehari menggunakan 105 gondola, dengan setiap satu…










