PARIS: Insiden kebocoran air pada akhir November telah merosakkan beratus karya di jabatan Mesir kuno Louvre, kata muzium Paris itu pada Ahad, beberapa minggu selepas kejadian kecurian barang kemas yang menimbulkan kebimbangan terhadap infrastruktur muzium. “Antara 300 hingga 400 karya terjejas akibat kebocoran yang dikesan pada 26 November,” kata timbalan pentadbir muzium, Francis Steinbock yang menggambarkan karya-karya itu sebagai jurnal “Egyptologi” dan “dokumentasi saintifik” yang digunakan oleh penyelidik. “Barang yang…










