Katy Perry, bekas PM Kanada sah jalin hubungan cinta?

Katy Perry, bekas PM Kanada sah jalin hubungan cinta?

Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyanyi pop ter­kenal Katy Perry dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memberi bayangan mengenai hubungan cinta mereka selepas Perry memuat naik beberapa foto dan video daripada perjalanan mereka ke Jepun di Instagram.

Dalam satu daripada gambar, Perry dan Trudeau tersenyum sambil bergambar swafoto.

Dalam sebuah video pula, kedua-duanya dirakam mencuba sushi bersama.

Setakat ini, Perry mahupun Trudeau belum membuat sebarang kenyataan umum mengenai hubungan mereka.

Namun, spekulasi mengenai hubungan itu semakin memuncak sejak beberapa bulan lalu susulan pelbagai gambar mereka bersama mula tersebar.

Trudeau sebelum ini turut hadir ke konsert Perry awal tahun ini, sekali gus menguatkan khabar angin mengenai hubungan romantik di antara mereka.

Awal minggu ini, Trudeau, 53, turut memuat naik semula sekeping foto mereka bersama bekas Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan isterinya, Yuko.

“Gembira bertemu anda (Fumio Kishida). Katy dan saya amat berbesar hati dapat meluangkan masa bersama anda dan Yuko.

“Terima kasih, Fumio, atas persahabatan anda dan komitmen berterusan terhadap tata dunia berasaskan peraturan serta masa depan yang lebih baik untuk semua,” tulis Trudeau dalan hantaran di platform X.

Bulan lalu, pasangan itu seolah-olah mengesahkan hubungan mereka selepas dirakam berpegangan tangan pada satu acara di Paris.

Laman selebriti TMZ turut menyiarkan foto dan rakaman video yang menunjukkan mereka berjalan beriringan sebelum masuk ke dalam sebuah kereta, dengan Trudeau membantu Perry menaiki tempat duduk belakang.

Kemunculan mereka di Paris itu juga bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-41 Perry dan dipercayai menjadi penampilan umum pertama mereka sebagai pasangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×