Kanak-kanak perempuan maut dimakan piranha

Kanak-kanak perempuan maut dimakan piranha

CLARA Victoria maut dipercayai digigit piranha selepas terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah keluarganya di Amazonas, Brazil. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMAZONAS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dalam satu kejadian tragis selepas terjatuh ke dalam sungai dipenuhi piranha berhampiran kediamannya di wilayah Amazonas, Brazil.

Mangsa, Clara Vitoria terjatuh ke dalam sungai selepas keluar dari rumah sungai keluarganya yang terletak berhampiran bandar Coari.

Kediaman berkenaan tidak mempunyai pagar keselamatan yang boleh menghalang kanak-kanak daripada terjatuh ke dalam air.

Menurut polis, kejadian berlaku ketika ibu bapa mangsa berada dalam keadaan leka seketika.

Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh melalui satu lubang pada struktur rumah terapung tersebut sebelum dihanyutkan arus sungai.

Ibu bapa mangsa segera terjun ke dalam sungai untuk mencarinya sebaik menyedari kehilangan anak mereka sebelum mayat Clara ditemukan lima minit kemudian dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan awal mendapati kecederaan utama pada tubuh mangsa berpunca daripada serangan ikan piranha yang sememangnya diketahui mendiami sungai-sungai di kawasan Amazon.

Mayat kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke Institut Perubatan Forensik untuk menjalani prosedur bedah siasat, manakala kes berkenaan didaftarkan oleh pihak polis bagi siasatan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN