Israel mahu buka semula lintasan Rafah

Israel mahu buka semula lintasan Rafah, benarkan penduduk Gaza keluar

SEBUAH trak yang membawa bantuan kemanusiaan menunggu kebenaran di bahagian Mesir di lintasan Rafah menuju Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel mengumumkan lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka semula dalam beberapa hari lagi bagi membolehkan penduduk Palestin keluar dari wilayah berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Badan Penyelarasan Ketenteraan Israel (COGAT) memaklumkan, proses keluar akan difasilitasi melalui penyelarasan dengan Mesir selepas kelulusan keselamatan daripada tentera rejim dan di bawah pengawasan misi Kesatuan Eropah (EU).

Mekanisme tersebut dikatakan sama seperti yang digunakan ketika pembukaan sementara lintasan itu pada Januari lalu.

Namun, Mesir menafikan ia sedang berkoordinasi dengan Israel mengenai lintasan tersebut, menegaskan sebarang pembukaannya hanya akan dilakukan secara dua hala selaras dengan pelan damai 20 perkara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. 

Lintasan Rafah kebanyakannya ditutup sejak Mei 2024 selepas bahagian Palestin dikuasai tentera Israel. 

Sebelum penutupan, lintasan itu merupakan laluan utama bagi rakyat Palestin yang dibenarkan keluar serta pintu masuk penting bagi penghantaran bantuan kemanusiaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sekurang-kurangnya 16,500 pesakit kritikal di Gaza sedang menunggu untuk dipindahkan bagi mendapatkan rawatan di luar negara. 

Namun, hanya 235 pesakit, hampir semuanya kanak-kanak berjaya dibawa keluar melalui lintasan Israel sejak gencatan senjata bermula.

Sementara itu, Trump menegaskan, fasa kedua pelan damai Gaza yang dikemukakan beliau akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Mereka menghadapi masalah dengan satu bom yang meletup, menyebabkan beberapa orang cedera teruk, mungkin ada yang terkorban. Tetapi pelan ini masih berjalan dengan baik. Kita mempunyai keamanan di Asia Barat cuma ramai tidak menyedarinya,” katanya merujuk kepada serangan terbaharu Israel di Gaza.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN