JAKARTA: Bencana banjir dan tanah runtuh yang meragut ratusan nyawa di Sumatera baru-baru ini menjadi amaran jelas Indonesia tidak lagi ‘kebal’ daripada ancaman ribut tropika. Penyelidik kanan Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN), Erma Yulihastin berkata, perubahan tingkah laku ribut tropika kini meningkatkan potensi taufan mendarat dan membawa kemusnahan serius di Indonesia, sekali gus menafikan andaian puluhan tahun kedudukan Indonesia di garisan khatulistiwa melindunginya secara semula jadi daripada fenomena tersebut.…










