Iktiraf Somaliland, Israel mahukan ‘balasan’

Iktiraf Somaliland, Israel mahukan ‘balasan’

PENDUDUK mengibarkan bendera Somaliland selepas Israel mengiktiraf kewujudan wilayah itu di Hargeisa, Somalia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU: Pengiktirafan Israel terhadap wilayah pemisah Somaliland mencetuskan reaksi bercampur apabila ribuan penduduk meraikannya, sementara keputusan itu dikecam keras oleh Somalia yang menyifatkannya sebagai ancaman kepada kestabilan di rantau Afrika.

Israel pada Jumaat lalu mengumumkan pengiktirafan rasmi terhadap Somaliland, menjadikannya yang pertama berbuat demikian sejak wilayah itu mengisytiharkan pemisahan uni­lateral daripada Somalia pada 1991.

Keputusan itu disambut dengan perhimpunan besar-besaran di ibu kota Hargeisa dan beberapa bandar lain menyaksikan penduduk mengibarkan bendera Somaliland bersama bendera Israel.

Mereka turut melaungkan sokongan terhadap keputusan bersejarah itu.

Somaliland yang terletak di Teluk Aden mempunyai kedudukan strategik serta memiliki mata wang, pasport dan angkatan tenteranya sendiri.

Namun, Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud menyifatkan langkah Israel itu sebagai satu bentuk pencerobohan terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Somalia.

Beliau memberi amaran tin­dakan tersebut berpotensi menggugat keselamatan dan kestabilan bukan sahaja di rantau itu, malah di peringkat global.

Penganalisis serantau berpandangan pengiktirafan itu membuka laluan strategik kepada Israel untuk meningkatkan pengaruhnya di Laut Merah.

Perkembangan itu menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak termasuk negara-negara Islam dan Afrika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN