Gempa bumi 7.0 magnitud gegar sempadan Alaska-Kanada

Gempa bumi 7.0 magnitud gegar sempadan Alaska-Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Gempa bumi kuat 7.0 magnitud menggegarkan kawasan pedalam berbukit kurang berpenduduk yang terletak di sempadan negeri Alaska di AS dan wilayah Yukon, Kanada, menurut pakar seismologi.

Menurut Kajian Geologi AS (USGS), gempa tersebut berlaku pada pukul 11.41 pagi (waktu tempatan), diikuti lebih daripada 30 gegaran susulan berskala antara 5.1 hingga 3.3 dalam tempoh tiga jam berikutnya.

Pusat gempa terletak kira-kira 248 km barat Whitehorse, ibu kota Yukon dan 370 km di barat laut Juneau, ibu negeri Alaska. Kedalaman gempa dianggarkan sekitar 10 km.

Di Yakutat, Alaska, berhampiran pusat gempa, Ketua Polis ,Theo Capes berkata, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan akibat gegaran yang berlangsung agak lama, sekitar 15 hingga 20 saat itu. Sistem amaran juga mengesahkan tiada ancaman tsunami.

Di Whitehorse, Kanada, Pegawai Royal Canadian Mounted Police, Sarjan Calista MacLeod berkata, pasukannya menerima dua panggilan kecemasan 911 mengenai gempa tersebut.

“Gegaran ini memang dirasai ramai penduduk. Ramai berkongsi pengalaman di media sosial,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN