WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kematian yang berkemungkinan berkaitan dengan vaksin Covid-19, menurut jurucakap bagi Setiausaha Kesihatan. Sejak pelantikan Robert F. Kennedy Jr. sebagai Setiausaha Kesihatan, kerajaan AS memulakan penstrukturan semula dasar vaksin secara besar-besaran, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti perubatan. “FDA sedang menjalankan siasatan menyeluruh, merangkumi pelbagai kumpulan umur, terhadap kematian yang berkemungkinan berkaitan vaksin Covid,” kata jurucakap Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan…










