PUNTA ARENAS: Kerajaan Chile bersedia mewartakan taman negara ke-47 negara itu, sekali gus melindungi hampir 200,000 hektar kawasan hutan dan pesisir pantai Patagonia yang masih terpelihara serta melengkapkan koridor hidupan liar sepanjang 2,800 kilometer hingga ke hujung selatan benua Amerika. Taman Negara Cape Froward yang dicadangkan itu merangkumi kawasan pantai berangin kencang, lembah berhutan dan ekosistem unik yang kaya dengan biodiversiti, selain menyimpan sejarah penempatan manusia sejak ribuan tahun lalu.…









