AGAM: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, Fathan ditemukan masih hidup selepas tersangkut pada sebatang pokok ketika banjir besar melanda Desa Selaras Air Timur, Palembayan, Agam, Sumatera Barat pada 27 November lalu. Kejadian itu menjadikan dia satu-satunya ahli keluarganya yang terselamat. Fathan tinggal bersama ibu, ayah, nenek, bapa saudara, ibu saudara serta seorang abang, menjadikan jumlah keluarga itu tujuh orang. Rumah mereka yang terletak di tepi Sungai Selaras hanyut sepenuhnya…










