JAKARTA: Sekurang-kurangnya 22 orang maut selepas sebuah bangunan pejabat tujuh tingkat di Kemayoran, Jakarta Pusat, musnah dalam kebakaran yang dipercayai tercetus akibat letupan bateri dron di tingkat bawah bangunan berkenaan. Ketika kejadian, kebanyakan pekerja keluar makan tengah hari sebelum api pantas merebak ke tingkat atas. Ketua Polis Jakarta Pusat, Susatyo Purnomo Condro berkata, letupan bateri dron itu dipercayai menjadi punca awal kejadian, namun pasukan makmal forensik masih menjalankan siasatan lanjut…










