WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memaklumkan tenteranya melancarkan ‘serangan besar-besaran’ ke atas kumpulan Negara Islam (IS) di Syria, sebagai tindak balas serangan maut terhadap anggotanya di negara itu. Komando Pusat AS (Centcom) berkata, jet pejuang, helikopter serangan dan artileri menyerang lebih 70 sasaran di beberapa lokasi di seluruh Syria tengah, dengan pesawat Jordan turut terlibat dalam operasi itu. Centcom berkata, operasi itu menggunakan lebih 100 peluru berpandu tepat, menyasarkan infrastruktur dan…










