CARACAS: Sebanyak 5,600 anggota tentera baharu Venezuela mengangkat sumpah kelmarin, sekali gus menyaksikan usaha memperkukuh pertahanan negara ketika Amerika Syarikat (AS) meningkatkan tekanan ketenteraan di rantau Caribbean. Presiden Nicolas Maduro sebelum ini menggesa peningkatan pengambilan anggota tentera selepas AS menghantar armada kapal perang termasuk kapal pengangkut pesawat terbesar dunia ke Caribbean, dengan alasan memerangi kegiatan penyeludupan dadah. Serangan udara AS itu menyasarkan sekurang-kurangnya 22 bot dan menyebabkan 83 orang terkorban.…










